9 February 2013

SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Telah di Pilih Menjadi Sekolah Amanah


 Januari 2013 - SK Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dipilih menjadi Sekolah Amanah mulai Januari 2013. Berikut adalah sedikit penerangan mengenai status Sekolah Amanah.


Mengenai Sekolah Amanah

Bagi mencapai matlamat jangka panjang ekonomi negara, YA memenuhi keperluan negara untuk program transformasi sekolah yang lengkap dan boleh direplikasi dengan mewujudkan Sekolah Amanah. Pendidikan merupakan satu fokus utama Malaysia yang menjadi salah satu dari enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (National Results Areas (NKRA)) kearah mencapai Visi 2020. Program Sekolah Amanah telah diwujudkan secara harmoni dan melengkapi ekosistem pendidikan yang sedia ada.

  • Melonjakkan prestasi sekolah
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah
  • Menambahbaik proses penyampaian pengajaran
  • Menghasilkan lebih ramai guru cemerlang yang serba boleh
  • Meningkatkan pembangunan modal insan 
  • Memupuk pemimpin masa depan melalui kecemerlangan pendidikan yang holistik 
 Maklumat lanjut sila klik Sekolah Amanah

No comments: