14 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG ke-40 pada 16 Mac 2013 ( Sabtu )

Mesyuarat Agung PIBG SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) ke-40

16 Mac 2013

Dewan Terbuka  SKSHAS


ATURCARA MESYUARAT  AGUNG PIBG KALI KE-40
8.30  pagi    : Pendaftaran ahli
                    Ø  Persembahan Slaid                   
 9.00 pagi     : Majlis perasmian
                         Bacaan doa dipimpin oleh
-          Ustaz Hussain B Abd Wahab
                         Ucapan Yang Dipertua PIBG
-          En Ir Hj Ismail b Abd Rahman
                         Ucapan Guru Besar SKSHAS
-          Pn. Sabariah bt Ali
Ø  Pengenalan Sekolah Amanah
Ø  Penyampaian Cenderamata kepada pelajar cemerlang UPSR 2012
Ø  Penyampaian Sijil& Cenderamata kepada pelajar cemerlang di dalam sukan catur dan memanah

10.00 pagi     :   Ø  Mesyuarat Agung Tahunan ke- 40 PIBG bermula
Ø  Ucapan pengerusi mesyuarat
Ø  Membentangkan aktiviti tahunan
Ø  Membentang dan mengesahkan Minit   Mesyuarat Agung  PIBG ke 39
Ø  Menerima Penyata kewangan PIBG berakhir 31 Januari 2013
Ø  Perbincangan tentang sumbangan PIBG 2013
Ø  Membincangkan usul-usul
Ø  Pembubaran AJK PIBG sesi 2012/ 2013.
Ø  Melantik pengerusi sementara
Ø  Pemilihan Ahli  jawatankuasa dan juruaudit PIBG SKSHAS 2013/2014.
Ø  Ucapan penangguhan  oleh YDP 2012/2013
Ø  Penyampaian  Sijil& Cenderamata kepada AJK PIBG 2012/2013


11.30 pagi      : Jamuan dan Majlis bersurai.
 

9 March 2013

Ujian Bulan Mac 2013

Murid-murid tahap 2 ( darjah 4 - 6 ) SK Sultan Hisamuddin Alam Shah akan menduduki ujian bulan Mac 2013 pada 11 - 14 Mac 2013 ( Isnin - Jumaat ). Murid tahap 1 ( darjah 1-3) tidak terlibat di dalam ujian bulanan.


Majlis Bacaan Yasin Setiap Hari Jumaat

8 Mac 2013 ( Jumaat ) - Bacaan yasin merupakan rutin SKSHAS setiap pagi pada hari Jumaat. Majlis bacaaan yasin dan zikir bermula pada jam 7.15 pagi hingga 7.45 pagi. Berikut adalah gambar semasa majlis tersebut berlangsung.




Pasukan Catur SK Sultan Hisamuddin Alam Cemerlang di Pertandingan Catur Peringkat Negeri (MSSWP Kuala Lumpur) 2013

8 Mac 2013 ( Jumaat ) - Pertandingan Catur Peringkat Negeri (MSSWP Kuala Lumpur) 2013 telah dijalankan dengan jayanya di SK Desa Tun Hussein Onn bermula 4 Mac hingga 8 Mac 2013. Pertandingan ini mempunyai 2 kategori utama iaitu kategori berpasukan dan individu. Majlis penutup dan hadiah telah disampaikan  oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique.


Berikut adalah keputusan pasukan catur SK Sultan Hisamuddin Alam Shah:

Kategori Berpasukan Perempuan Bawah 12 Tahun
  • Tempat ke-3
Kategori Individu
  • Lelaki Bawah 8 tahun : Naib Johan 
  • Lelaki Bawah 10 tahun : Tempat ke-3
  • Perempuan bawah 10 tahun : Tempat ke-3 

Gambar-gambar semasa majlis penyampaian hadiah


Tempat ke-3 kategori berpasukan perempuan bawah 12 tahun

   
Tempat ke-3 kategori individu lelaki bawah 10 tahun

Tempat ke-3 kategori individu perempuan bawah 10 tahun

Naib johan kategori individu bawah 8 tahun
 
Pasukan catur SKSHAS bergambar selepas majlis penyampaian hadiah bersama guru pengiring.



6 March 2013

Senamrobik

6 Mac 2013 ( Rabu ) - Senamrobik di kalangan warga SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) telah diadakan bermula jam 7.30 - 7.45 pagi di Dewan Sekolah SKSHAS.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti senamrobik diadakan:



Pasukan Catur Perempuan Bawah 12 SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Mendapat Tempat ke-3 di Pertandingan Catur Peringkat Negeri

5 Mac 2013 ( Selasa ) - SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) telah menghantar satu pasukan catur perempuan bawah 12 untuk menyertai di dalam Pertandingan Catur Peringkat Negeri 2013. Pertandingan ini adalah susulan daripada kejayaan pasukan catur SKSHAS merangkul tempat ke-2 di dalam pertandingan di peringkat Zon Bangsar ( peringkat daerah ).

Pertandingan ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu mulai 4 - 5 Mac 2013, bertempat di SK Desa Tun Hussein Onn. Disertai oleh 24 buah sekolah yang mewakili zon masing-masing ( Bangsar, Pudu, Keramat dan Sentul). Pasukan catur SKSHAS telah mendapat tempat ke-3 di dalam pertandingan yang telah diadakan. TAHNIAH !!!

 Berikut adalah gambar-gambar sepanjang pertandingan:

2 March 2013

Pasukan Catur SKSHAS Cemerlang di Pertandingan Catur Zon Bangsar 2013

1 Mac 2013 ( Jumaat ) - SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) telah menghantar seramai 36 orang peserta di dalam Pertandingan Catur Zon Bangsar 2013. Pertandingan ini telah dijalankan selama 5 hari iaitu 25 Februari - 1 Mac 2013, bertempat di SK Seri Hartamas. Dalam pertandingan ini peserta-peserta catur SKSHAS juga telah berjaya mencapai beberapa kejayaan yang amat membanggakan. Berikut adalah ringkasan kejayaan yang diperolehi:



Kategori
Kedudukan

terbaik
Bil. peserta
Keputusan
Berpasukan perempuan
Naib Johan
4
Layak ke peringkat negeri
Berpasukan lelaki
-
4
TIDAK LAYAK ke peringkat negeri
Lelaki bawah 8 tahun
Johan
1
LAYAK ke peringkat negeri
Lelaki bawah 10 tahun
ke-9
6
1 peserta LAYAK ke peringkat negeri
Lelaki bawah 12 tahun
-
6
TIDAK LAYAK ke peringkat negeri
Perempuan bawah 8 tahun
ke-4
6
1 peserta LAYAK ke peringkat negeri
Perempuan bawah 10 tahun
ke-3 & 6
4
2 peserta LAYAK ke peringkat negeri
Perempuan bawah 12 tahun
ke-3, 7, 10 & 12
6
4 peserta LAYAK ke peringkat negeri


13 orang peserta ( 4 berpasukan + 9 individu) layak ke peringkat negeri.


Berikut adalah beberapa gambar semasa pertandingan.

 
Pasukan Catur Berpasukan Lelaki SKSHAS

Pasukan Catur Berpasukan Perempuan SKSHAS

Pasukan catur SKSHAS kategori individu


Kategori bawah 8 tahun bergambar