30 January 2013

Perjumpaan Aktiviti Ko-Kurikulum ke-4

30 Januari 2013 ( Rabu) - Program Ko-Kurikulum yang ke-4 untuk Tahun 2013. Aktiviti unit beruniform diadakan setiap minggu pada hari Rabu 1.35 - 2.35 petang. Sebaliknya aktiviti Kelab/Persatuan akan diselang-seli dengan aktiviti Permainan 2.45-3.45 petang.

Minggu ini adalah giliran aktiviti ko-kurikulum unit beruniform (kali ke-4) dan Kelab/Persatuan (kali ke-2). Berikut adalah gambar yang sempat dirakam untuk perjumpaan kali ini.



 


Program Motivasi Tahun 6

30 Januari ( Rabu ) - Program Motivasi pelajar tahun 6 SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSHAS. Program ini bermula pada 8.00 -10.35 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah. Program ini dijalankan oleh Konsultan Latihan dengan kerjasama daripada guru-guru tahun 6 SKSHAS.

Berikut adalah gambar semasa program ini berjalan:

Program motivasi sedang berjalan

Guru bersama-sama mengawasi program motivasi

29 January 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH



TARIKH
31 Januari 2013 / 19 RabiulAwal 1434 H
 
MASA
8.00 pagi – 12 tengah hari

ANJURAN
Panitia Agama Islam SK SHAS

TEMA
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.


Waktu
Aktiviti

7.30 – 8.00 pagi

8.00 – 8.30 pagi

8.30 – 9.30 pagi

9.30 – 10.00 pagi

9.30 – 10.30 pagi


10.00 – 11.00 pagi

10.30 – 11.00 pagi

11.00 – 11.45pagi



11.45 tengah hari


Perarakan Dari Padang KeDewan Terbuka( Berselawat )

Doa Dan Bacaan Yasin ( Khalifah )

Ceramah

Rehat Tahap 1

Pertandingan Kuiz Sirah Tahap Dua Campuran  (Surau )
Pertandingan Nasyid Terbuka ( Dewan Terbuka )
 
Pertandingan Mewarna Tahap satu ( Dalam Bilik Darjah )

Rehat Tahap2

Penyampaian Hadiah
Persembahan Nasyid
Semua murid dan guru berkumpul di Dewan Terbuka
 
Pembelajaran dan Pengajaran bersambung di dalam kelas seperti biasa.


Murid memakai pakaian baju Melayu ( lelaki ) dan Baju Kurung ( perempuan ).

25 January 2013

Perjumpaan Aktiviti Ko-Kurikulum ke-3

23 Januari 2013 ( Rabu) - Program Ko-Kurikulum yang ke-3 untuk Tahun 2013. Aktiviti unit beruniform diadakan setiap minggu pada hari Rabu 1.35 - 2.35 petang. Sebaliknya aktiviti Kelab/Persatuan akan diselang-seli dengan aktiviti Permainan.

Minggu ini adalah giliran aktiviti ko-kurikulum unit beruniform (kali ke-3) dan Permainan (kali ke-2). Berikut adalah gambar yang sempat dirakam untuk perjumpaan kali ini.





 








23 January 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013

22 Januari 2013 ( Selasa ) - Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan telah mengumumkan bantuan persekolahan 100 ringgit kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Pada tahun ini, 2013 kerajaan meneruskan pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini dibayar bermula pada Januari 2013 kepada 5.4 juta pelajar dan jumlah peruntukan diagihkan adalah sebanyak RM 540 juta.  Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban persekolahan untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.






Sekolah SK Sultan Hisamuddin Alam Shah turut terlibat dalam mengagihkan wang bantuan pihak kerajaan persekutuan ini. Majlis penyerahan bantuan telah di adakan di Dewan SK Sultan Hisamuddin Alam Shah. Bantuan awal persekolahan ini disampaikan oleh Jayantidevi a/p Balaguru, Pengerusi Barisan Nasional Cawangan Segambut.


Guru Besar bersama dengan tetamu jemputan, Puan Jayantidevi a/p Balaguru

Pihak ibu bapa dipohon untuk hadir pada masa yang ditetapkan dengan membawa bersama surat beranak asal semasa mengambil Bantuan Khas Awal Persekolahan. Berikut adalah jadual penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan 2013 di SK Sultan Hisamuddin Alam Shah: 


TARIKH
HARI
KELAS TERLIBAT
MASA
TEMPAT
22 Januari 2013
Selasa
Tahun 1
1.00 – 3.00 petang
Dewan SKHAS
23 Januari 2013
Rabu
Tahun 2, 3 & 4
11.05 – 1.05 petang
Kelas
25 Januari 2013
Jumaat
Tahun 5 & 6
11.05 – 12.05 tengah hari
Kelas


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis penyerahan wang :

Pengesahan nama anak di Tahun 1