27 February 2013

Pandu Puteri

25 Februari 2013 ( Isnin ) - SK Sultan Hisamuddin Alam Shah telah menghantar murid menyertai aktiviti Pandu Puteri peringkat negeri. Laporan penuh akan menyusul kemudian.

Pertandingan bola sepak peringkat Zon Bangsar 2013

25 Februari 2013 - SK Sultan Hisamuddin telah menyertai pertandingan bola sepak peringkat zon Bangsar. keputusan dan gambar-gambar semasa pertandingan akan disiarkan selepas pertandingan tamat.

Pertandingan Catur Zon Bangsar - kategori berpasukan

25 - 26 Februari 2013 ( Isnin - Selasa ) - Pasukan perempuan bawah 12 SKSHAS telah berjaya menjadi naib johan pertandingan catur zon bangsar. Sekaligus layak ke peringkat negeri pada minggu depan ( 4 & 5 Mac 2013 ). Tahniah !!!

Gotong Royong PIBG SK SUltan Hisamuddin Alam Shah

23 Februari 2013 ( Sabtu ) - Majlis gotong royong diadakan.

20 February 2013

14 February 2013

Perjumpaan Aktiviti Ko-Kurikulum ke-6

13 Februari 2013 ( Rabu) - Program Ko-Kurikulum yang ke-6 untuk Tahun 2013. Aktiviti unit beruniform diadakan setiap minggu pada hari Rabu 1.30 - 2.30 petang. Sebaliknya aktiviti Kelab/Persatuan akan diselang-seli dengan aktiviti Permainan 2.45-3.45 petang.

Minggu ini adalah giliran aktiviti ko-kurikulum Unit Beruniform (kali ke-6) dan Kelab / Persatuan (kali ke-3). Berikut beberapa keping gambar yang sempat dirakam untuk perjumpaan kali ini.

Kelab Pusat Sumber

Kelab ...

Pengakap

Sesi latihan catur pasukan sekolah selepas aktiviti kelab/persatuan

9 February 2013

Sekolah bercuti sempena Tahun Baru Cina ( 9 - 12 februari 2013 )

SK Sultan  Hisamuddin Alam Shah akan bercuti sempena cuti umum Cuti Tahun Baru Cina selama empat hari.

9-12 Februari 2013
Sabtu - Selasa
( 4 hari )

Sekolah akan kembali dibuka pada 13 Februari 2013 ( Rabu ). 

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA"

Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Amanah SKSHAS

7 & 8 Februari 2013 (Khamis & Jumaat) - Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran di SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) oleh pemantau-pemantau daripada Yayasan Amir di lakukan sepanjang 2 hari mulai 7 dan 8 Februari 2013. Pemantauan ini dilakukan untuk meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas SKSHAS.

SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Telah di Pilih Menjadi Sekolah Amanah


 Januari 2013 - SK Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dipilih menjadi Sekolah Amanah mulai Januari 2013. Berikut adalah sedikit penerangan mengenai status Sekolah Amanah.


Mengenai Sekolah Amanah

Bagi mencapai matlamat jangka panjang ekonomi negara, YA memenuhi keperluan negara untuk program transformasi sekolah yang lengkap dan boleh direplikasi dengan mewujudkan Sekolah Amanah. Pendidikan merupakan satu fokus utama Malaysia yang menjadi salah satu dari enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (National Results Areas (NKRA)) kearah mencapai Visi 2020. Program Sekolah Amanah telah diwujudkan secara harmoni dan melengkapi ekosistem pendidikan yang sedia ada.

  • Melonjakkan prestasi sekolah
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah
  • Menambahbaik proses penyampaian pengajaran
  • Menghasilkan lebih ramai guru cemerlang yang serba boleh
  • Meningkatkan pembangunan modal insan 
  • Memupuk pemimpin masa depan melalui kecemerlangan pendidikan yang holistik 
 Maklumat lanjut sila klik Sekolah Amanah

7 February 2013

Latihan Sukan Pasukan Sekolah

Pasukan Catur

Latihan diadakan di dalam kelas 2 Cekal setiap hari Rabu dan Jumaat ( 4.30-6.00 petang). Sila rujuk guru penasihat Bola Sepak untuk maklumat lanjut.



Pasukan Bola Jaring
Latihan diadakan setiap rabu. Tempat: gelanggang bola jaring SKSHAS. Sila rujuk guru penasihat Bola Jaring.

Pasukan Bola Sepak
Latihan diadakan setiap rabu. Sila rujuk guru penasihat Bola Sepak untuk maklumat lanjut.



Perjumpaan Aktiviti Ko-Kurikulum ke-5

6 Februari 2013 ( Rabu) - Program Ko-Kurikulum yang ke-5 untuk Tahun 2013. Aktiviti unit beruniform diadakan setiap minggu pada hari Rabu 1.30 - 2.30 petang. Sebaliknya aktiviti Kelab/Persatuan akan diselang-seli dengan aktiviti Permainan 2.45-3.45 petang.

Minggu ini adalah giliran aktiviti ko-kurikulum Unit Beruniform (kali ke-5) dan Permainan (kali ke-3). Tiada gambar yang sempat dirakam untuk perjumpaan kali ini. 

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Sultan Hisamuddin Alam Shah

31 Januari ( Khamis ) - Sambutan Maulidur rasul Peringkat sekolah telah dijalankan dengan jayanya. Berikut adalah gambar-gambar semasa sambutan.