28 February 2018

KURSUS PENGURUSAN PUSTAKAWAN

28 Feb 2018 SKSHAS Satu kursus pengurusan PSS telah dijalankan oleh Cikgu Mahiran bersama cikgu Kelab Pusat Sumber. Seramai 54 orang pustakawan telah menyertai kursus ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pustakawan.






22 February 2018

CPD SLT KALI PERTAMA 2018

22 Feb 2018 SKSHAS CPD SLT kali pertama bagi tahun 2018 telah dijalankan di SKSHAS. Turut hadir pegawai dari JPWP, Yayasan Amir , LeapEd dan semua SLT sekolah Amanah Kuala Lumpur



15 February 2018

SUMBANGAN BKGK

15 Feb 2018 SKSHAS BKGK telah membuat kutipan derma kepada Mendiang Bapa kepada teacher Philomena yang telah meninggal dunia. Sumbangan ikhlas ini telah disampaikan sendiri oleh Puan Hajah Noraishah kepada teacher Philo. Takziah diucapkan kepada teacher Philo sekeluarga.


13 February 2018

CPD MIDDLE LEADER DI SCJP KALI PERTAMA

13 Feb 2018 SCJP CPD kali pertama untuk Middle Leader telah dijalankan di SK Convent Jalan Peel. Semua Middle Leader Sekolah Amanah Kuala Lumpur terlibat.




12 February 2018

LADAP GURU BAHARU

12 Feb 2018 SKSHAS Seramai 5 orang guru Baharu telah mengikuti LADAP guru baharu bagi tahun 2018. Cikgu Mahiran MLs sebagai penceramah bagi LADAP yang telah dijalankan. Semua MLs dan Slt telah memberi kerjasama untuk menjayakan programm ini. Guru Baharu yang terlibat ialah cikgu Hanafi, Cikgu Hafizah, cikgu Puneswary, Cikgu Thiviya dan Cikgu Hafizuddin. Tahniah cikgu kerana dapat ilmu yang sangat berguna bagi meningkatkan PdPc cikgu di sekolah Amanah ini. Harapan kami agar ilmu ini dapat meningkatkan kreativiti murid.








10 February 2018

LADAP PENDIDIKAN KESENIAN

10 Feb 2018 SKSHAS Panitia Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual telah bersama-sama menganjurkan LADAP kepada semua guru muzik dan PSV bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang Pendidikan Kesenian. Cikgu Mahiran sebagai penceramah bagi LADAP yang dijalankan. tahniah kepada ketua panitia muzik dan PSV.






PENETAPAN TARGET TAHUN 6 GURU BERSAMA IBU BAPA

10 Feb 2018 SKSHAS Satu perjumpaan ibu bapa bersama guru-guru tahun 6 telah dijalankan bagi penetapan target UPSR 2018. Tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir bagi menjayakan program yang telah dirancang.


7 February 2018

CHILDREN'S ASSAMBLY OVERVIEW 2018

7 Feb 2018 KLCC Satu persidangan kanak-kanak sedunia yang telah diadakan di KLCC oleh UN HABITAT. SKSHAS telah dijemput menyertai persidangan tersebut. Seramai 40 orang murid kelab doktor muda dan kelab kitar semula telah dipilih. 4 orang guru yang telah mengiringi murid SKSHAS. Tahniah kepada Puan Badariah binti suboh GPK Koko, Puan Zurila dan Encik Ikhwan kelab doktor muda dan Encik Shaharuddin kelab kitar semula serta semua murid yang terlibat. Semoga pengalaman baru ini dapat meningkatkan pengetahuan murid dengan lebih global.









3 February 2018

SUMBANGAN KEPADA ARWAH ENCIK NIZAM

3 Feb 2018 BKGK (Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan) telah membuat kutipan derma untuk arwah Encik Nizam iaitu bekas pengawal keselamatan SKSHAS yang telah meninggal dunia. Sumbangan ikhlas ini telah disampaikan oleh Pengerusi BKGK iaitu Ustaz Azizan. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Al-Fatihah.



2 February 2018

LAWATAN FROG ASIA

2 Feb 2018  Satu lawatan dari frog Asia ke SKSHAS untuk berbincang berkaitan program Vle frog bagi tahun 2018. Pihak sekolah berbesar hati dengan kunjungan tersebut.