23 January 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013

22 Januari 2013 ( Selasa ) - Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan telah mengumumkan bantuan persekolahan 100 ringgit kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Pada tahun ini, 2013 kerajaan meneruskan pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini dibayar bermula pada Januari 2013 kepada 5.4 juta pelajar dan jumlah peruntukan diagihkan adalah sebanyak RM 540 juta.  Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban persekolahan untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.






Sekolah SK Sultan Hisamuddin Alam Shah turut terlibat dalam mengagihkan wang bantuan pihak kerajaan persekutuan ini. Majlis penyerahan bantuan telah di adakan di Dewan SK Sultan Hisamuddin Alam Shah. Bantuan awal persekolahan ini disampaikan oleh Jayantidevi a/p Balaguru, Pengerusi Barisan Nasional Cawangan Segambut.


Guru Besar bersama dengan tetamu jemputan, Puan Jayantidevi a/p Balaguru

Pihak ibu bapa dipohon untuk hadir pada masa yang ditetapkan dengan membawa bersama surat beranak asal semasa mengambil Bantuan Khas Awal Persekolahan. Berikut adalah jadual penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan 2013 di SK Sultan Hisamuddin Alam Shah: 


TARIKH
HARI
KELAS TERLIBAT
MASA
TEMPAT
22 Januari 2013
Selasa
Tahun 1
1.00 – 3.00 petang
Dewan SKHAS
23 Januari 2013
Rabu
Tahun 2, 3 & 4
11.05 – 1.05 petang
Kelas
25 Januari 2013
Jumaat
Tahun 5 & 6
11.05 – 12.05 tengah hari
Kelas


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis penyerahan wang :

Pengesahan nama anak di Tahun 1





























No comments: